Jumaat, 20 Julai 2012

Nik Aziz Ajar doa bala untuk UMNO!

AKIBAT MENDOAKAN KEBURUKAN KE ATAS BN, ALLAH TURUNKAN BALA RANAPKAN 172 RUMAH PENYOKONG PAS

Doa orang Pas dimakbulkan Allah.. Sehari sebelum kedatangan TPM Tan Sri Muhyiddin ke Kg Sungai Seputeh Selama, Pas telah membuat solat hajat dan berdoa agar majlis perasmian RTC yang dibuat oleh kerajaan ditimpa bala angin ribut dan sebagainya.

Tak puas hati kerana doa tidak dimakhbulkan pada hari Rabu, Pas buat lagi pada pagi Khamis disebuah surau di SK Toh Ratna Sakti.

Sebagai ganjarannya sebaik sahaja program selesai petang tersebut 172 rumah penyokong dan pemimpin Pas ranap dipukul ribut.

Sebab itu lah Pas Larut sibuk turun padang untuk membantu mangsa ribut taufan. kalau ia berlaku pada orang orang Umno sudah tentu mereka akan bertepuk tangan.

Allah Maha Kuasa, Allah tidak akan menganiayai hambanya. 

Nik Aziz Oh Nik Aziz!

Di KELANTAN, Nik Aziz telah diangkat menjadi sama taraf dengan nabi.. MAKSUM dan tiada dosa.. Cakap Nik Aziz adalah fatwa yang tidak boleh dipertikaikan.. Solat Nik Aziz adalah solat yang perlu dipertonton.. Cara makan Nik Aziz adalah cara makan orang alim yang zuhud.. Makian Nik Aziz adalah seruling yang mempersonakan pengikut.. Pendek kata, Nik Aziz tidak berdosa dan MAKSUM!! orang yang menegur Nik AZIZ boleh jatuh hukum KAFIR!! konon2 kalau nak tengok akhlak nabi tengoklah Nik Aziz! Tiada cacat dan celanya! 

Kenapa fokus aku hanya Nik Aziz?? Sebab dia adalah penyebab NO. 1 berpecahnya orang ISLAM dan MELAYU!! Adakah NIK AZIZ Diktator?? YA!! ciri2 diktator mmg dah ada pada NIK AZIZ! Hadis dan ayat Quran yang menyokong PAS diambil.. yang tidak menyokong PAS di jambankan!! 

Tapi apakan daya, penyokong Nik Aziz telah mati hatinya, lebur jiwanya, beku otaknya!!

CATATAN dari Ayahnda TUN M - DIKTATOR

1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.
2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.
3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.
4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.
5. Sekarang kita sedang melihat kejatuhan beberapa ketua negara yang dicap sebagai diktator. Hosni Mubarak umpamanya dituduh membunuh beribu ahli Muslim brotherhood. Dia juga dikatakan telah mengumpul harta kekayaan bernilai 70 billion dolar Amerika.
6. Semasa saya berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan. Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.
7. Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa.
8. Musuh Mubarak tidak dibenar berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan.
9. Selama 30 tahun Mubarak menjadi Presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain. 99% daripada undi didapati oleh Mubarak.
10. Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja.
11. Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati.
12. Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauşescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga Gadaffi dan Saddam Hussein.
13. Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator.

TUN M bukan DIKTATOR


TUN M digelar diktator sebab pemimpin pembangkang macam NIK AZIZ, LIM KIT SIANG tidak tahan dengan ketegasan2 keputusan TUN M.

Aku akui, sebab sifat 'DIKTATOR' inilah lahirnya MELAYU2 yang berdisiplin tinggi dan berjaya di dunia2 korporat dan perniagaan.. Sifat ini nyata ditakuti DAP di zaman pemerintahan TUN M.. 

Sifat 'DIKTATOR' inilah yang menyebabkan ramai orang MELAYU sedar mereka bukanlah HAMBA ABDI kepada bangsa2 asing!

Sifat 'DIKTATOR' inilah yang menyebabkan bangsa lain tidak berani memperkotak-katikkan MELAYU dan ISLAM di MALAYSIA malah di dunia.

Bacalah buku TUN M ‘Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad' Selamilah cara pemikiran ayahnda TUN M. Insyaallah ianya akan merubah persepsi kita pada TUN M. 

TUN M pernah digelar 'MELAYU ULTRA' dan aku adalah MELAYU ULTRA!!

Ahad, 8 Julai 2012

AKTA HASUTAN 1948

Kepada sesiapa yang tak pernah baca AKTA HASUTAN 1948 klik sini


Tun M - ASSABIYAH ALA ga PAS


1. Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.

2. Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

3. Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

4. Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, samada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz. Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

5. Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong PAS.

6. Dahulu kerjasama antara UMNO dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Sekarang PAS di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat PAS untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.

7. Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya, Nik Aziz mendakwa apabila PAS memerintah Negara ini, Kerajaan PAS akan lelong Putrajaya. Hari ini lain pula bunyinya. PAS berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah.

8. Dalam masyarakat Islam penyelewengan kerap berlaku kerana ajaran sesat yang disampaikan oleh ulama yang tidak bertanggungjawab. Adanya Qadiani dan puak-puak tertentu yang lain ialah kerana taksub kepada pemimpin agama. Kita lihat bagaimana kuatnya pegangan pengikut Ashaari dan Ayah Pin kepada ajaran mereka.

9. Di India, British menggalakan penubuhan dan perkembangan Qadiani kerana ia akan memecah-belah orang Islam dan melemah mereka. Kita syak yang pendaftaran dengan pantasnya Parti Islam Se Malaya oleh British juga mempunyai niat yang sama. Ia berlaku diwaktu orang Melayu buat kali pertama bersatu untuk menentang British. Bahawa PAS, dalam Pilihanraya 1955 menentang kemerdekaan Malaya memanglah menepati hasrat British. Tetapi perjuangan PAS untuk melambatkan kemerdekaan gagal.

10. Dalam Pilihanraya 1955 PMIP hanya menang satu kerusi. Selepas itu PMIP bersungguh-sungguh mengguna agama sehingga dalam Pilihanraya Umum 1959 Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangannya. Walaupun Kerajaan PAS Terengganu runtuh dan diganti dengan Perikatan tetapi ini tidak kurangkan ketaksuban kepada PAS.

11. Berpecah dan lemahnya umat Islam ialah kerana taksub kepada kepimpinan lebih dari ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al Quran.

12. Keadaan orang Islam dan agama Islam di Malaysia begitu juga. sesungguhnyalah segala keburukan datangnya dari orang Islam sendiri

Melayu Ultra


Pencacai2 DAP atau dalam kata mudah  PAS dan PKR ni memang  sudah dgelapkan hati mereka daripada apa jua kebenaran.. (Penyokong UMNO/BN perlu terima hakikat ini dengan hati yang terbuka dan tidak berkecil hati)

Maklumla terlalu banyak minum kahak hijau Pork Nicky dan air lendir stor kunyit Pak Syeikh  Al-Jubori..

Walaupun kita bacakan nas-nas dan hadis sahih kepada mereka, mereka tetap tidak akan menerimanya.. tetapi apa sahaja fatwa songsang dan sesat yang keluar dari mulut Pork Nicky akan diterima bulat2 tanpa  perlu dipersoalkan mana nas, mana hadis..

Bagi mereka  ISLAM PAS adalah ISLAM yang paling tepat dan paling BENAR! (sekali lagi penyokong UMNO/BN perlu terima hakikat ini dengan hati yang terbuka dan tidak perlu berkecil hati) semoga ALLAH membuka pintu hati mereka...

Ingatlah, HALAL itu jelas, dan HARAM itu jelas.. antara keduanya adalah SYUBHAH yg perlukan penjelasan dari ilmu2 hadis dan ulama2 berdasarkan nas dan hadis..  adakah Pork Nicky keluarkan fatwa berdasarkan nas dan hadis???

Allah berikan kita akal supaya berfikir dan memilih berdasarkan yang benar. Perlu ada bukti, bukan dari sumber fitnah.

Ya ALLAH janganlah engkau matikan hati2 pengikut PAS  yang hanya berpaksikan dendam kepada UMNO yang juga beragama ISLAM.

BERSATULAH KERANA ISLAM YANG TULEN DAN BUKAN
ISLAM YANG DISONGSANGKAN OLEH PAS!!

Hidup UMNO !
Hidup MELAYU!
Hidup ISLAM!